Einstein mungkin bukan org pertama cipta bom atom...

Percaya tak korang kalo aku cakap Einstein mungkin bukan orang pertama yang cipta bom atom? Abis tu saper?? Ini mungkin giler sket, tapi suatu penemuan yang mengejutkan oleh para saintis di bandar kuno/lama Rajashtan, India (10 batu dari barat Jodhpur). Benda ini terbukti bila bacaan radiasi yang terdapat di sana sangat tinggi sehingga kerajaan India terpaksa menutup kawasan tersebut kerana kadar kecacatan kelahiran dan kanser yang sangat tinggi dari kawasan tersebut. (sori la bahasa skema, nak bagi gempak sket)

Bandar Kuno Rajashtan
Terdapat bukti yang menunjukkan radiasi tersebut telah lama bertarikh kembali dalam lingkungan 8000-12000 tahun yang lalu memusnahkan bangunan dan kemungkinan lebih separuh juta penduduk dahulu. Anggaran penyelidik, bom atom yg digunakan berkemungkinan sebesar bom atom yang dilepaskan di Hiroshima dan Nagasaki.

Apakah makna semua nie? 

Adakah ini membuktikan manusia dahulu lebih awal menggunakan tenaga nuklear? Bukan itu saja, banyak lagi bukti yang menunjukkan manusia dari awal lagi dah guna nuklear sebagai alat peperangan. Terdapat satu bukti  fenomena ini melalui salah satu petikan kitab India dalam bahasa Sanskit iaitu Mahabharata yang berumur 6500 sebelum masihi;

Gurkha,
menerbangkan vimana yang laju dan uat
melemparkan seketul pelancar
Dicaj dengan seluruh kuasa alam semesta
Sebuah medan pijar daripada api dan asap
Secerah seribu matahari
Naik dengan kemegahannya...
sebuah letupan tegak lurus
dengan awan
asap yang terkepul...
...awan asap itu
naik selepas letupan pertama
membentuk suatu lingkaran yang luas
seperti payung besar dibuka...
..ianya senjata yang tidak dikenali,
sebuah halilintar besi,
sebuah utusan kematian yang besar,
Yang menjadikan abu
seluruh bangsa Vrishnis dan Andhakas.
...mayatnya hangus
tidak dapat dikenali.
rambut dan kuku jatuh;
tembikar pecah tanpa punca,
dan burung bertukar putih.
selepas beberapa lama
semua makanan dijangkiti...
...untuk lari dari api itu
para askar terjun ke dalam sungai
membasuh diri dan pakaian. 

Merujuk melaui petikan kitab sanskrit  Mahabharata, penerangannya sangat terperinci malah menepati dengan ciri serangan bom atom. Ayat pertama yang merujuk kepada vimana mungkin bermaksud orang dahulu kala sudah pun mempunyai pesawat tersendiri untuk membawa bom tersebut. Boleh jadi ker? Adakah benda tu turut menjelaskan kenapa ada lukisan pesawat jet atas manuskrip mesir purba?? Wallahualam.


BUKTI2 LAIN!

Bukti di Mohenjo Daro

Apabila penggalian di Mohenjo Daro mencapai ke atas jalan bandar tersebut, mereka menemui rangka-rangka manusia bergelimpangan merata-rata di atas jalan tersebut sambil memegang tangan antara satu sama lain seolah-olah berada dalam keadaan gerun menghadapi sesuatu. Para pengkaji berpendapat, telah wujud persaingan besar antara tamadun Dinasti Rama dan Atlantis sehingga mencapai kemuncaknya dengan penggunaan nuklear.


Mengikut kajian, rangka-rangka tersebut antara radioaktif yang paling tinggi bacaannya sama seperti di Hiroshima dan Nagasaki. Terdapat juga bandar-bandar kuno di bahagian utara India di mana terdapak kesan berlakunya letupan dalam radius yang besar. Salah satunya, dijumpai di antara Ganges dan bukit Rajmahal di mana terdapat kesan bangunan2 tersebut terdedah kepada haba yang tinggi. Tembok2 besar dan struktur lain kelihatan tercantum. Namun tiada penemuan atau bukti bagi letusan gunung berapi di kawasan tersebut. Haba yg melampau sehingga mencairkan struktur bangunan tanah liat hanya dapat dijelaskan melalui kesan letupan nuklear atau senjata lain yang lebih maju yang tidak kita ketahui.

Mengikut sumber asal, ada banyak lagi bukti-bukti lain yang menyokong fenomena ini....

Konklusi??

Jadi sebenarnya, apa mesej yang aku nak share dengan korang nie? Kalau mengikut balik kitab Al-Quran, tamadun manusia sudah berkali-kali dihancurkan oleh Tuhan dan ada yang hancur kerana kejahilan manusia itu sendiri. Sejarah sebenarnya sudah berulang berkali-kali namun sedikit sahaja pengajaran diambil daripada apa yang berlaku. Kisah tentang pengetahuan manusia dahulu lebih awal daripada kita tentang tenaga nuklear menunjukkan mereka sudah pun maju pada suatu masa dahulu. Namun apa yang terjadi pada tamadun-tamadun ini? Adakah apa yang telah kita tahu tentang sejarah manusia dahulu sekadar secubit daripada apa yang mereka pernah kecapi? Wallahualam. 

Sumber: S8int.com

No comments

Powered by Blogger.