Alkisah~ KRISIS SEBENAR MESIR

TERGERAK HATI UNTUK HASILKAN ENTRY NIE SETELAH MEMBACA BLOG SHAHRIL. KEMUDIAN,  TERIMA KASIH KEPADA SAUDARI SITI NUR HIDAYAH ZAINAL,  AKU TERIMA SATU LG ENTRY DRPD BLOG OBEFIEND (SERIOUSLY MOVED BY IT), AKU MENGEDIT SEMULA ENTRY NIE UNTUK KISAH YANG LEBIH TEPAT. AK MEMBACA KEMBALI SECARA TERPERINCI PERKARA YG TENGAH JADI KAT MESIR. JADI, HARAP MAKLUM. INFO- INFO YG BENAR HASIL TITK PELUH ORG DI LUAR SANA MENCARI MAKLUMAT, DAN KALO ADA YG X BETUL, AKU MOHON MAAF SIAP2 DAN SILA BERI TEGURAN KALO ADA YG SALAH DALAM ENTRY KALI NIE! APA2 PUNN, AKU AKAN CUBA KEEP UP TO DATE DGN PERKEMBANGAN DI MESIR!
Baru2 nie, satu negara Malaysia jadi kelam kabut bila berlaku Revolusi Rakyat mesir terhadap kerajaan diktatornya, Hosni Mubarak. Mcm2 citer kluar, lepas insiden nie berlaku. Aku sndiri xbrani kata yg mana yg sahih, mana rekaan. Skang nie, aku sekadar ingin berkongsi dgn korang tentang situasi semasa Mesir dan status pelajar kita. 

AKAR UMBI INSIDEN: 

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel.

Oleh itu, revolusi Mesir sebenarnya berpunca daripada perjuangan rakyat menentang pemerintahan kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Diinspirasikan daripada revolusi rakyat Tunisia menentang pemerintahan dktator Zine El Abidine Ben Ali yg membawa kpd kejatuhan kerajaan Tunisia baru-baru ini, Mesir bersama-sama protesters serata tanah Arab (seperti di Algeria) menentang pemerintahan autokrasi, korupsi yg melampau dan kemiskinan yang parah. 

Secara umumnya, Insiden di Tunisia menjadi inspirasi kepada protes ini. Tambahan lak, ramai yg mengatakan kejadian Jun 2010 di mana seorang lelaki, Khaled Said dipukul oleh pihak polis Mesir hingga mati telah benar2 membakar api kemarahan rakyat Mesir. Sebenarnya, isu di sana lebih komplek dari itu. Hakikatnya, rakyat sering ditindas oleh kerajaan sendiri di mana mereka lebih terkongkong daripada rakyat Tunisia dan kadar kemiskinan mereka lebih tinggi berbanding negara jiran di sebelah barat Mesir.

Salah satu protes puluhan ribu rakyat Mesir di Cairo
Perkembangan Semasa Revolusi Mesir

Seperti yg kita sedia maklum, melalui revolusi Mesir, tercetuslah rusuhan rakyat dan pihak berkuasa serata tanah Mesir. Balai polis, lapangan terbang dan beberapa tmpat lain lagi dibakar dan diceroboh. Tambahan pulak, pemimpin2 Muslim Brotherhood dilaporkan ditahan mengikut sumber drpd Facebook group Khaled Said. Menurut Tv Israel, kononnya, Hosni Mubarak dah pun melarikan diri drpd Mesir, sama ada ke Arab Saudi, Switzerland atau London. Berkenaan tu belum dipastikan.

Lanjutan tu, terdapat siaran televisyen di sana, akhirnya menyiarkan statement Mubarak, (live atau recording, tak dapat nak disahkan) antaranya, dya tidak akan berganjak dari kuasanya dan beliau membubarkan seluruh badan kerajaan kecualinya, dan menubuhkan yang baru. Namun, hal demikian tidak akan menyelesaikan masalah dan mententeramkan penduduk Mesir. Menurut Yusuf al-Qardhawi sendiri, beliau berpendapat satu-satunya cara untuk memastikan pengakhiran protes ini adalah dengan penganjakan Mubarak daripada kuasanya.

Lg mengejutkan, seramai 5000 banduan melarikan diri daripada Penjara Fayoum, dan General Atasan penjara tersebut, Mohamed El-Batran dilaporkan terbunuh. Tentang Mubarak sendiri, tiada tanda2 dya mahu berganjak daripada posisinya. Baru2 nie lak, suatu sidang diadakan antara People's Popular Parliament seperti El Baradei, Mohammed El Beltaji, Justice Mahmoud El Khodairi, George Ishaq, Mr Abu Al Ezzdgn. Mereka akan cuba untuk berunding dgn pihak tentera (bukan Mubarak!) supaya main peranan bukan sbg pelindung pemimpin tetapi negara dan rakyat.


Apa yg lg melucukan berkaitan dgn krisis nie, SNL kononnya menemuramah "Hosni Mubarak" sndiri sebagai suatu sindiran besar terhadap Mubarak. Namun, jelas skali, dalam video tersebut, menunjukkan sejauh mana tindakan yang telah diambil Mubarak dalam menangani masalah ini. Secara personal, bagi aku, Mubarak sekadar melarikan diri membiarkan rakyatnya berkelahi sesama sendiri, sementara dya bersembunyi menunggu keadaan yg ok utk kembali dgn harapan semua benda dah settle. Haih... Probably, by the time dya balik, population mybe 0!



Hal yg berlaku nie hampir sama dgn citer V for Vendetta kan??

Komunikasi di Mesir

Melalui beberapa sumber yang ak baca, memang Mesir skang nie betul2 terputus connection dgn hubungan luar. Line internet skang nie dah dah shutdown oleh kerajaan Mesir dan kerajaan juga mengarahkan untuk memutuskan servis sms dan Blackberry Messenging di Cairo. Tapi, ada gak desas-desus, sesetengah org kat sana masih lg dpt berhubung dgn negara luar dan terdapat sesetengah tempat yg masih dpt guna servis internet.

Perkembangan Semasa Pelajar Malaysia

Sebelum ini, aku difahamkan para pelajar Malaysia dikumpulkan di zon kuning dan boleh dikira selamat. Plus, sblum nie rakyat Mesir terang-terang dah cakap awal, pergolakan diorang antara diorang dan kerajaan diorang dan diorang takkan libatkan rakyat2 asing dan menasihatkan merekan agar keluar dari Mesir sebelum diorang mula buat serangan besar pada 2hb Februari iaitu Rabu yg lalu.

Namun, menurut update laman kementerian hubungan luar, dah ada 3 pesawat Charlie 130 kat sana bekalkan supply kat pelajar kita, dan berusaha pindahkan students ke Jeddah buat sementara waktu sebelum dihantar ke Malaysia balik. So, skang nie kita tawakkal dgn usaha kerajaan kita dan doakan pelajar-pelajar Malaysia selamat. Melainkan korang ada jet private, silakan fly dan angkut 11 000 student balik cnie...

BERSABAR RAKYAT MALAYSIA

Ok, bukannya aku nak memihak kpd BN (Sori sket, ak xsokong saper dlm politik), tapi setelah membaca blog saudara Obefiend dan memikir balik baik kita buat bersabar dan mendoakan keselamatan para pelajar kita yang masih kat sana. Bukan apa, banyak gak mulut2 dan post2 online yg mengutuk kerajaan tak amik tindakan dan lambat bereaksi kpd krisis nie. Hakikatnya, bila aku check plak laman diorang, dah 3 pesawat Charlie 130 ulang alik nak evacuate students Malaysia secara berperingkat.

Skang ak just nak tekankan balik point saudara Obefiend dalam post dya, "give government some slack". Memang senang kita nak komplen, nak merungut, tapi diorang lagi sakit otak pikir cara terbaik utk student kita. Mcm saudara Obefiend cakap, kerajaan perlu rancang strategi utk evac, tergesa-gesa, nanti ada pulak buah mulut cakap kerajaan menggelabah. 



MAKLUMAT LEBIH MENDALAM
Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:
2. Facebook Pages – Selamatkan Pelajar kita di Egypt

Petikan

No comments

Powered by Blogger.