Alkisah ~ Golongan bakal guru Lembah Pantai menyambut Maulidur Rasul...

Sempena dengan maulidur Rasul, alkisah IPG kampus bahasa antarabangsa nie mengadakan sambutannya secara besar-besaran. Part yg best, kuliahnye smpai pukul 9 jer. Ate, watper lg, laju jer balik blik masing2.  Ada yg pakai baju sukan la pagi2 tu. Bukan per, tengah setting dapur nak buat bubur lambuk dgn asyura.

Alkisah petang tu, sumer dijemput turun untuk majlis sambutan Maulidur Rasul. Takder per la sangat, typical. ucapan sket, pastu tayangan slideshow, abis. Seriously, aku mengantuk sepanjang majlis. Pengarah nak bagi ucapan, aku bukak mp3, maka tersumbatlah telinga aku dengan earphone. Jadi, apa2 input time tu sekadar, masuk telinga kanan, keluar telinga kanan, ( Tak lut kena earphone XD).

Tapi part yang best tu start bila abis jer berucap, orang sumer dah  bangun, masing2 dah angkat sepanduk. Semangat giler nak berarak nie! Aku pun sama-sama join duduk belakang member aku yang tengah pegang sepanduk tu.

 Sekali, berpusu-pusu la golongan2 pendidik nie beratur sambil bawak sepanduk ada, yang jalan bawak kamera ada, yang berlenggang ada, sumer ikowt. Tapi sayang, kitorang berarak dalam area IPBA jer. Ingat kowt ada nak kuar ker, bleh la menunjuk sket sepanduk besar. Pastu tak pasal2 buat demonstrasi. Memang cari pasal XD.


 Last kali, dah pusing IPBA, kitorang sampai kat tempat yang diorang nak buat bubur lambuk tu. Langkah masing2 makin laju. Ada yang kejar bubur. Ada yang cari toilet. Ada trus lesap balik rumah tanpa jejak...
Antara yang menghilangkan diri tu, aku la, sebaik sahaja kebas bubur lambuk dan asyura. Berterabur makan tengah2 jalan...XD

P/S: Seriously, walopun aku bersikap sedemikian rupa, jgn la plak korang pandang aku nie meremeh-remehkan hari Maulidur Rasul. Serious jangan!! Cuma aku tak bersemangat bawah sambutan yang diadakan di kampus aku jer. Dalam hati, memang ada rasa syukur,sebab pada 12 Rabiulawal nie la, lahirnya rasul yang menyampaikan ajaran Allah yang kita ikut smpai skang. Bila, time selawat, aku selawat betul2. Menghargai bukan hari tu, tapi apa yang berlaku pada hari tu.... ^_^

3 comments:

  1. Pandai la hang..hahah...dengar citer hang dah abis main game yg hazig ngah main skunk ni...congratz....

    ReplyDelete

Powered by Blogger.