Jejak Guru Tauladan Amerika

Asalamualaikum, setelah sekian lama tak update blog yang dah berhabuk nie. Bukan per, banyak isi nak post tapi malas sangat. Tapi, yang kali nie, memang aku tak dapat skip, sebab per? Nie mungkin satu inspirasi besar buat semua bakal guru yang masih lagi belajar di IPG dan juga guru-guru yang telah pun bertugas di sekolah.

Memang payah betul kalau nak cari guru yang betul-betul passionate terhadap profesyennya tambahan pula berhadapan dengan budak-budak bermasalah hari-hari. Tapi itu la yang dihadapi oleh seorang guru Amerika, Ron Clark.
Ron Clark

Bagi yang tak pernah dengar nama nie, sebenarnya Ron Clark ialah seorang guru yang pernah mengajar pelajar-pelajar yang lemah dalam pelajaran dan Carolina Utara dan Harlem, New York. Salah satu citer kejayaannya mendidik pelajar paling hebat telah dijadikan movie yang kini korang boleh cari dengan tajuk, The Ron Clark Story atau The Triumph. Citer nie antara bagi diri beliau sendiri yang paling  besar dalam pengalaman mengajarnya. Korang boleh tengok sendiri dalam citer nie macam mana beliau boleh tangkap hati pelajar untuk meminati belajar dan akhirnya boleh score lebih tinggi dari semua kelas dalam exam. Salah seorang pelajarnya Tamera (kalau ikut movie, Shamika), daripada tak dapat tangkap pelajaran hingga mendapat perfect score dalam  exam!

Ada cikgu-cikgu yang mampu membuat perubahan besar sebegitu?? ^_^


Beliau juga turut menerbitkan buku sendiri  berjudul The 55 Essentials, iaitu buku tentang 55 peraturan yang beliau tetapkan dalam kelasnya. National Best Seller!! Beliau pernah muncul dalam Oprah, dan Oprah menganggapnya sebagai Lelaki Fenomena yg pertama dalam rancangannya.

Tak seperti kita, Ron Clark asalnya tidak pernah berminat menceburi bidang keguruan namun beliau boleh dilihat sebagai seorang yang menyahut cabaran dan berani menempuh kesukaran. Pengalaman pertamanya bermula apabila ibunya menggesa beliau mengisi ruang kosong di sekolah sebagai guru darjah lima. Semasa menjejak kaki di sekolah tersebut, guru besar di sekolah tersebut menunjukkan kelasnya. Di situlah beliau melihat kelas yang paling bising dan riuh sekali. Sehingga ada meja seorang pelajar ditolak ke pintu kelas. Ketika itu beliau merenung pelajar tersebut dan pelajar tersebut bertanya, "Kamu nie cikgu baru kami ke?" (Sori la kalo ayat dia hancus sket)
Beliau pula menjawab, " Ye la kot" (Englishnye lain la, tapi camtu la dya jawab!). Tapi ketika tu, terdetik dalam hatinya mengatakan di sini dia sepatutnya berada. Seolah-olah kelas tersebut memanggilnya. Berada dalam kelas tersebut, beliau berasa pelajar tersebut tidak mendapat apa yang didapatinya ketika beliau sedang membesar dahulu. Sifat disiplin, rasa hormat dan adab sopan disemai dalam suasana rumahnya dahulu ketika tinggal bersama neneknya dan dididik untuk mengambil berat terhadap orang lain. Prinsip hidup sebegini yang beliau ingin wujudkan dalam kelasnya. Begitulah bermulanya peraturan 55.

Dalam pengalamannya, beliau mendapati ketika mengajar pelajarnya tentang kehidupan seperti menghormati orang lain dan menganggap kelas sebagai satu keluarga yang besar, suasana kelas serta-merta akan berubah. Para pelajar itu sendiri ingin berada dalam kelas, bertepuk antara satu sama lain dan berganding bahu dan akhirnya, mereka mencapai keputusan yang sangat cemerlang dalam akademik.

Bagi beliau apa yang penting sebenarnya ialah lebih spesifik dengan pelajar dan membenarkan mereka mengetahui tentang harapan kita. Selagi kita membenarkan pelajar tahu tentang harapan kita dari segi adab, disiplin dan akademik,  hasilnya akan menjadi lebih baik. Apa yang memotivasikan beliau ialah apabila melihat para pelajar dalam kelas dan mendapati pelajar tersebut kurang bernasib baik sepertinya iaitu pelajar-pelajar tersebut tidak mendapat peluang untuk orang mengangkat mereka lebih tinggi. Beliau juga dapat lihat perbezaan apabila meletakkan sepenuh hatinya dan minatnya dalam sekumpulan pelajar, bagaimana  ia betul-betul mengubah kehidupan mereka. Itulah yang membakar semangat beliau untuk terus berada di dalam bidang ini hingga kini.

TAKE NOTE ALL TEACHERS!

Ia merupakan suatu yang memalukan bagi guru untuk mengajar semata-mata bagi pelajarnya boleh mengambil peperiksaan. Ron Clark pernah ke 49 negeri mengemukan soalan ini kepada para guru. Semuanya tentang perkara yang sama, guru menjadi kecewa, seolah-olah tangan mereka diikat dan diajar cara untuk mengajar, seolah-olah merampas proses kreativiti daripada kelas. Sebab itu mereka semakin hilang semangat, dan semakin hari , lebih ramai yang berhenti daripada profesyen ini.

Para pelajar pula kini diajar sekadar untuk mengambil ujian. Mereka tidak diinsiprasikan dengan rasa minat untuk belajar. Daripada menjadi penimba ilmu, mereka sekadar menjadi pengambil peperiksaan sahaja. Apabila memasuki pengajian tinggi, tiada rasa dahaga untuk belajar, rasa dahagakan ilmu pengetahuan! Kini apa yang guru lakukan bukan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk mengejar impian tapi memberi inspirasi untuk menjawab peperiksaan. 

Bagi Ron, beliau tidak mengajar untuk peperiksaan tetapi mengajar pelajarnya untuk kepuasan. Beliau telah mempelbagaikan caranya untuk menghiburkan lagi suasana pembelajaran dalam kelas dan beliau dapat melihat perkembangannya dalam setiap ujian. Pelajar dapat mencapai markah yang tinggi kerana mereka mempunyai dahaga untuk ilmu, dan mereka ingin belajar dan mereka belajar dengan lebih cepat. 

 JADI....

Kita sendiri kena sedar dari sekarang sistem ajar untuk exam dah tak boleh dipakai sekarang. Kenapa? Ada sesetengah yang dah abis SPM walaupun result straight A, tapi bila masuk Universiti, kolej, prestasi diorang kecundang. Kenapa? Geng2 Hafal buku. Tapi ada lak yang result tak elok sangat masuk Politeknik tapi bila keluar jadi sangat berjaya dengan bidang dia. Kenapa?? Sebab minat. Sekarang apa yang orang nak pandang, bukan sekadar pandai tapi kreatif dalam bidangnya. Bila pelajar dah terlalu biasa dengan idea "jawab exam", diorang kurang guna otak untuk berfikir tapi sekadar ingat dan hafal. Jadi, kita sebagai guru generasi akan datang perlu mengubah tu akan datang. Kita nak generasi akan datang pandai berfikir bukan pandai mengikut sahaja. Mungkin awal-awal susah, tapi kita usahakan sedikit demi sedikit. 

Ron Clark asalnya mendapat tentangan daripada pengetua sekolahnya tentang pengajarannya. Pengetuanya asalnya menegah beliau daripada mengajar 55 peraturannya dan mengajar matematik namun beliau secara senyap meneruskan caranya, dan apabila pencapaian kelas tersebut cemerlang, pengetua tersebut tidak menghalang apa cara beliau gunakan...

Sumber: Beliefnet

1 comment:

  1. waooo...aku rasa ada la dlm 10 kali blu tengkuk aku meremang..inspirasi gla :D

    ReplyDelete

Powered by Blogger.